kenapa ISLAM mengajar kita doa dan budaya memberi salam ketika masuk ke dalam rumah..
kerana adanya syaitan yang menanti kita di sekitar kawasan rumah....
nama syaitan2 tu adalah:
Daasim
: Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke
rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke
rumah.
Wathiin : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.
Murrah
: Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor,
dsb.
Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri
manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.
ketika hendak masuk rumah atau pejabat berilah salam, membaca Bismillah
sebanyak 3 kali dan Doa.
Friday, 7 June 2013
Hal Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita
Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan
yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening.
Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan
zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
Kaki
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan
kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan
menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka
yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain
tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir
gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat
At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah.
Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu
dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang
dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
Pakaian yang nipis dan jarang
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim
dan Bukhari.)
Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi
itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya.
Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin
hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari
Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu
lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong
dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari
Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
Kemaluan
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam
Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat
oleh lelaki yang bukan mahramnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)