Tuesday 19 February 2013

warkah cinta berbau syurga


assalamualaikum..
hari ni,ade di makmal komputer UMK.. saye nak share satu video klip. cerita ini pernah ditayangkan di tv alhijrah.,iaitu warkah cinta.. lakonan heliza helmi,imam muda nazrul. elok la kite dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah kite tengok cite2 macam ni. lagi satu,cinta yang terjalin dalam cite ni mengikut syariat yang sepatutnye. remaja dan cinta tak dapat dipisahkan. tapi untuk elakkan cinta mereka tu jadi haram kena tahu batas2 pergaulan.
cukup la kot sampai sini.. dah lame tak tulis blog,rinduuuuu. tapi yelah dah jadi student ni mesti busy memanjang ngan assignment kan,urm. ok.. sampai sini saje.. kalau rajin watch la jap video ni,hehe..

wasalam..
thank you ALLAH..






Sunday 10 February 2013

mahligai bernama cinta


Assalamualaikum...
Lirik lagu yang aku post kali ni memang aku dah minat lama dah.. ni lagu dari sebuah telemovie yang bertajuk “aku cinta padamu”. Pelakonnya lisdawati,hasnol rahmat n danny x factor. Cite ni aku first tgk waktu tu umur aku ermmm ntah tak hengat pulak dah. Tapi aku kecik lagi laaa.... kot.
Lagu ni,gila touching weh. Setacing jalan ceritanya. Serius ceritanya best! Kalau tak masakan aku boleh mengalir air mata bila tgk cite ni. Satu hal yang perlu diketahui,aku ni payah sikit nak mengalir air mata bila tgk cite-cite ni. Terutama kalau cite melayu memang takde feel nak teroyak. Tah ape-ape je dorang lakon. Nangis pun air mata palesu. Puiii. Ok la,setakat tu je. Aku cuma nak kongsi lagu yang aku suka je,hehe. ok wasalam
Thank you Allah..


Mahligai bernama cinta-farish

Pada mu kuserahkan
Suatu yang bernama
Cinta

Ku peluk jasad mu
Dalam bayangan
Biar tak terasa
Namun ku bahgia

Resah ku berlalu
Rindu pun bertakhta
Mengharap mimpi
Memutik kenyataan

Tersentuh dijiwa
Terkesan di hati
Kemelut nan melanda
Di minda ku ini
Ingin ku katakan tapi tak berani
Bimbang jika kau berubah hati
Menjadi benci

*Satukan dua jiwa ini
 Di mahligai bernama cinta
 Biar harus aku korbankan
 Kau lah segalanya

 Kasih dapatkah kau mengerti
 Apa yang tersirat dihati
 Bukan gurauan
 Satu kebenaran

Nyata impianku
Bukan khayalan
kesabaran kini
Ternyata bererti

Kesetiaanku
Telah dihargai
Ku janjikan kebahagiaan
Untuk selamanya

Tabahkan lah hati mu oh kasih
harungi dugaan
Ku tetap disisimu oh kasih
Usah kau curiga
Percayalah sayangku


Monday 4 February 2013

wahai hati jangan bersedih


Allah.. 
tu je perkataan yang muncul dalam fikiran aku. Tatkala hati sedang menangis. Kenapa perlu menangis duhai hati?? Apa penyebab engkau berduka?? Sabarlah wahai hati,walau apa dihadapan,belakang,tepi,bawah atau dari arah mana-mana pun dugaan itu datang,engkau harus tetap utuh dan cekal menghadapinya.
Aku tahu apa kau rasa wahai hati. Kerana aku adalah tuan mu! Tapi walau apa kau rasa,jangan sampai kau membusuk! Jangan sesekali kau membusukkan dirimu dan merangkap fikiran untuk turut sama membusuk!
Hati harus bersih. Hati yang bersih akan menjadi penyebab fikiran yang bersih juga!
Hati. Kau dicipta sebagai anggota tubuh manusia yang paling agung. Busuk kau,busuk lah seluruh teman-temanmu dalam anggota tubuh manusia! Kerana itu aku tidak mengizinkan kau membusuk.
Diri. Maaflah sekiranya aku menzalimimu. Bukan niatku begini. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu apa terjadi pada hati dan diri ku.
Astagfirullahalazim!
Semoga aku tidak berada dalam hasutan syaitannnn! Aku manusia biasa yang punya perasaan. Kasih,sayang,cinta,benci,amarah,geram dan sebagainya! Tapi aku juga punya keegoan!! Egonya aku untuk mengaku perasaan ini! Buktinya,sampai ke saat ini aku tak mampu menaip walau sekalipun untuk meluahkan apa sebenarnya dalam hati aku. Untuk apa aku luahkan?? Allah sedia mengetahui bukan? Itu sudah cukup buatku. Sekalipun aku luah disini,aku akan malu sendiri. Tanpa luah sekalipun,Allah dah sedia tahu. Lega rasanya mempunyai Sang pencipta yang Maha Segala-galanya.
Tak perlu aku panjangkan kata-kata yang sebenarnya hanya aku saja yang faham disamping Allah yang Maha Mengetahui. Cuma ketika hati berasa sedih,aku terasa ingin meluahkan cara begini. Padahal aku sendiri tidak tahu mengapa dengan mudah hati menjadi sebak dan sedih bila ‘keadaan’ itu menerpa.
Hati, jangan lah kau rapuh pada yang tidak kekal abadi,rapuh lah pada Sang Pencipta. Mencintai Pencipta adalah sebetulnya,dengan mencintai Dia,maka suatu hari nanti Dia akan anugerahkan nikmatNya yang dipanggil ‘jodoh’ buat diri ini dengan memberi insan yang turut sama mencintai Dia (inshaa Allah sekiranya umur panjang). Dia akan satukan hati-hati yang mencintai Dia. Pernah dengar? lelaki baik untuk perempuan baik,perempuan baik untuk lelaki baik,dan begitulah sebaliknya. Itulah yang aku maksudkan.
Maaflah sekiranya tulisan ini tidak ‘kamu’ fahami. Hanya aku yang faham. Kerana hati aku dalam kesedihan,apabila hati tidak berdaya,akan mempengaruhi fikiran,dan anggota lain akan terikut sama. Betapa anggota tubuh badan kita saling bergantung dan bersatukan? Alhamdulillah....
Cukuplah untuk kali ini,mungkin agak suram tapi aku lega kerana dengan cara ini aku mampu luahkan sedikit demi sedikit. Allah Maha Hebat. Dia yang aturkan semua ini. Aku,hambaNya terima dengan hati terbuka dan redha,inshaa Allah.
Thank you Allah n please forgive me
Assalamualaikum...

air yang dicincang takkan pernah putus maaa


Assalamualaikum...

Aku ada 15 adik beradik.
Mokkk manyokk nyeee!
Mesti ada yang akan cakap macam tu.. sebab kebanyakan manusia meme susah nak percaya bilangan adik beradik aku seramai itu.
Yeke??
Ate ye le! Takkan aku nipu pulak! Masih tak percaya tuu. Bertambah geram ada pulak yang tanya..
“macam mana mak mu buat?”
Vengong nye soalan. Tapi takpe. Aku anggap ia hanya gurauan ketika dikau masih di dalam keadaan terkezuttt. Tapi agak2 jugak laa,mana la aku tauuu macammana mak aku buat. Ishhh, mengarut! Anggap ia rezeki dari Allah sudahlah. Tak payah pikio lebih2.
Satu hal yang perlu diingat selalu,adik beradik yg ramai belum tentu menjamin kebahagiaan dalam keluarga.
Chop!chop!
Aku tak kata adik beradik aku tak bahagia pulak,tapi jangan la pikir... mesti best kan adik beradik ramai. Macam la adik beradik sikit tu tak best je. Bagi aku sikit or melebih-lebih bilangan adik beradik ada pro n kontranye. Eceh!
Aku tahu ramai yang nak tau,acane situasi bila adik beradik ramai ni ye dakk? Hehe...
Senang je kalau nak imagine,korang just tengok keadaan dalam kelas. Kan ade ramai murid dalam satu2 kelas,ape yang korang nampak??
Macam2 ragam kan? Ada yang suka melalak,ada yang suka menyendiri,ada yang suka bercaaaaaakap je tak henti2,ada yang bengis je tiap masa,ada yang suka bergosip. Haa part ni meme mudah nak tgk,haha.
Hah! lebih kurang gitu la family aku. Betoiii. Family aku macam2 ragam laa. Sian mak abah aku. Nak lahir,jaga,n mendidik sekor2 adik beradik aku bio jadi manusia bile beso nanti. Aku tak terbayangkan kepayahan mereka layan anak yang ada 15 jenis ragam ni. Perghhh! Kau hado?
Saat best kami adik beradik adalah bila dapat berkumpul semuanya. Ni adalah satu masalah buat keluarga kami. Bukan mudah nak kumpul adik beradik kesemuanya! Bayangkan 15 orang tu nak kumpul memang kalau ia berlaku terasa bersyukur sangat. Memang seronok. Tambah2 bila saling bertolak ansur,bergurau senda ke.. best weh! Selalunya benda ni boleh terjadi bila ada kenduri kahwin adik beradik. Baru lee dapat kumpul semua adik beradik. Kalau takkk. Aje payah benoo nak jumpa!
Tapi paling aku tak gemoo.. bila tak sefahaman. Ada yang nak melenting tak tentu pasal. Sepatotnya bila dapat berkumpul kiteorang kena raikan betul2 laa. Tapi kadang2 situasi tegang ni susah nak elak. Tak melibatkan semua pihak,tapi kami ni adik beradik,bak kata orang,cubit peha kiri,peha kanan pasti terasa.. cam tu laa..
aku yakin,kalau bilangan adik beradik sikit ni susah sikit kita nak tengok dorang bergaduh atau tak sehaluan. Tapi situasi ni mudah terjadi pada adik beradik yang ramai. Macam aku cakap tadi la.. bayangkan je dalam kelas. Pernah tak tengok dalam kelas berpuak2? Yang ni grup dengan yang ni,yang tu pulak tak kawan yang tu just kawan sesetengah dari kawan dalam kelas je. Pernah alami tak? Haa.. macam tu la. Family aku pun selalu macam tu. Tak mudah nak bentuk family bahagia dalam adik beradik ramai ni.  Kejap2 gaduh.  Pastu baik balik. Gaduh balik. Ade je benda yang nak digaduhkan. Rimasss aku. Hehe aku pun sama gak. Pantang jumpa adik aku tu,mesti nak jadi anjing n kucing. Adat la jadi adik beradik.
Tapi bagi aku,seteruk mana pun kita bergaduh dengan adik beradik kita,cuba pikir balik... dulu dia pun pernah n selalu tolong kita kan. Waktu kita susah takda orang yang nak tolong,sape yang pertama kita mintak tolong atau yang pertama hulur bantuan? Adik beradik kita kan? Kan? Kan?
So,walau seteruk mana gaduh sampai nak putus silaturahim sekalipun percayalah,selagi ada iman dihati.. hubungan persaudaraan adik beradik tu takkan putus! Takkan! never say never!
Sebab hal yang ni lah.. kita adik beradik harus saling menolong,saling memerlukan. Walau kadang kita rasa rimas ramai2 ni tapi perlu diingat Allah tak bagi sesuatu tu tanpa sebab! Allah bagi kami adik beradik ramai ada sebabnya,untuk saling bertolenrasi.
Aku berharap sangat semakin dewasa kami adik beradik,kami semakin matang dalam menempuh dugaan sama-sama.  Inshaa ALLAH.
Paling penting dalam adik beradik kena saling terima kelemahan,saling mengambil berat. Kasih sayang tu yang penting! Darah daging sendiri kuttt,sayang la.
Ok la,sampai sini je dulu. Nanti ada masa aku cakap lagi banyak2 pasal keluarga@adik beradik kesayangan aku,hehe. Sebelum aku berhenti taip.. aku akhiri post aku ni dengan senarai nama adik beradik aku..
jengjengjenggg
1.       Raja Muzafar Shah b. Raja Musa
2.       Raja Rosli b. Raja Musa
3.       Raja Salasiah bt Raja Musa
4.       Raja Zalehah bt. Raja Musa
5.       Raja Asiah bt. Raja Musa
6.       Raja Mohd Nayan b. Raja Musa
7.       Raja Sanisah bt. Raja Musa
8.       Raja Noriah bt. Raja Musa
9.       Raja Ahmad Syawal b. Raja Musa
10.   Raja Norazizah bt Raja Musa
11.   Raja Mohd Daud b. Raja Musa
12.   Raja Mohd Yunus b. Raja Musa
13.   Raja Nur Shuhadah bt Raja Musa
14.   Raja Ismail b. Raja Musa
15.   Raja Umi Kalsom bt. Raja Musa
Ok,amacam? Ramai tak? Hehe.. rezeki keluarga Raja Musa n Sariah Abd Ghafar .
Macam biasa,thank you ALLAH n please forgive me
Wasalam..