Friday 7 June 2013

kenapa masuk rumah kena bagi salam

kenapa ISLAM mengajar kita doa dan budaya memberi salam ketika masuk ke dalam rumah..

kerana adanya syaitan yang menanti kita di sekitar kawasan rumah....

nama syaitan2 tu adalah:

 Daasim : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke rumah.

Wathiin : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.


Murrah : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor, dsb.

 Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain. ketika hendak masuk rumah atau pejabat berilah salam, membaca Bismillah sebanyak 3 kali dan Doa.

Hal Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita

Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.

Kaki
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.

Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

Pakaian yang nipis dan jarang
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)


Tangan  
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.

Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.

Mulut (suara)  
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.


Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.

Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.


Wednesday 20 March 2013

sifat tak boleh BLAH aku

assalamualaikum...
 
Untuk entri kali ni aku nak bagitao sedikit pasal sifat aku,hihi. Setiap manusia mesti ade sifat masing-masing kan? Tak terkecuali aku. Apepun sebelum tu aku nak ucap syukurrrrr sangat-sangat dulu sebab untuk sem pertama aku kat umk,pointer aku alhamdulillahhhhhh 3 ke atas!  Kalau nak dibandingkan usaha aku yang ciput tu aku rase tak layak dapat tige. Tapi yelahhh rahmat Allah kan. Memang Allah Maha Pemurah. Subhanallah. Thank you ALLAH.
Ok sambung balik. Aku memang banyak sifat pelik or berbeza dari orang lain,tetapi aku tak nak la cite semua. Aku nak cite tiga sifat je dulu,nanti-nanti baru aku cite yang lain pulak. Tu pun kalau ada idea nak nulis kat blog ni,haha. 
 
Tiga sifat tu adalahhhh... 

  • 1.       Baca paper dari belakang
Ok..yang ni memang dah terbiase. Diulangi... dah terbiase. Disebabkan dah terbiase bila aku try nak baca dari depan aku kekok pulak dah. Orang kata.. (orang kate la kan) kalau bace paper dari belakang tu sebenonye ahli sukan. Yelah dah konpem2 berita yg ade kat belakang paper tu berita sukan. Hehe. Actually tuan-tuan dan puan-puan,saye memang minat sukan pun,hihi. Terutamanya... Bola sepak! Macam jantan ah minah ni minat bola sepak! Aisemen jangan sesekali kau berbicara begitu rupa kepadaku. Sukeatiakula. Kan da dapat tuuuu. Minat tu subjektif. Sesiapa berhak untuk minat amende yang dorang nak minat. Tak gitu?
Sebab minat bola la aku selalu cari berita bola dulu. Boleh je nak bace dari depan paper tu tapi yang kedua kali la bace paper yang sama,haha.
Sebelum tu cuba teka ,paper mane yang berita kat belakang nye bukan berita sukan??
Cer teka kome oi??
Hehe,jawabnya... suratkhabat harakah n suara keadilan,haha. Aje full ngan politik sesaje. Boleh bikin kepala wa pusing. Rase macam ade kat negara yang tengah bergolak bila bace paper tu. Macam teruk beno je negara kite ni. Cehhh. Tetibe sebut politik ni apehalll.

  • 2.       Berjangkit menguap
Hehe.. maaflah,aku memang senang nak nguap bila ade orang nguap. Jangan kate deme nguap,deme sebut ngantuk pun aku boleh nguap. Nampak sangat tak cukup tidonye ye dak? Ye.. aku ngaku aku ni ade penyakit insomnia. Aku ni memang payah nak lelap. Tapi peliknye bila siang aku boleh tido ngan mudahnya semudah 123 ,abc dan alif ba ta sa ja. Hah! Pelik ye dok? Malam je bila nak lelap aku mula la pikir itu pikir ini pikir sana pikir situ pikir anak ayam ikan goreng sup sayur,haha. Teruk betul! Berbalik pada penyakit berjangkit menguap tadi,kate orang.. (kate orang lagi! Selalu sangat dengor cakap2 orang ni!) penyakit ni memang semua orang mudah kena. Haha. Memang la nama pun penyakit berjangkit kan. Tapi kalau antibody deme kuat aku rase mesti boleh elak kot.. kan?
So.. aku harap jangan la ade sesape menguap atau sebut ngantuk kat aku ye. Nanti aku nguap sama tapi lelapnye idok pulak.

*percaya atau tak,waktu aku tulis ni pun aku dah berapa kali nguapnye,haha. Aisemen teruknye... -,-

  • 3.       Ego
Ye. Memang aku agak ego. Dalam segala hal. Terutama bila melibatkan emosi sedih ni. U will never found me with tears, but you always found me with smiles. Haha. Tibe2 kuar ayat ni kat pemikiran aku yang kreatif ni umpama Kautilya si pemikir ketenteraan India zaman dulu dulu. Tak kenal kan? Tak kenal kan? Tu la, mase form6 tak nak ambik subjek sejarah,sekarang apah pun tak tao. Puih. Ini semua foooyooo.
Ok2 sambung balik cite. Ok. Aku ni ego. Aku tak nak orang tengok walau sebutir pun air mata aku mengalir dari kelopak mata ku yang awesome ni. Ecewah!
Tapi, aku pernah la nangis dgn teruknye sampai meraung2 waktu abah aku meninggal. Sumpah. Aku tak boleh ‘jadi’ ego time tu. Yelah, abah aku meninggal kot. Takkan time tu pun aku nak ego? Alfatihah untuk abah. I love you. Next time aku tulis pasal abah ye. Inshaa ALLAH.
Ego aku ni berterusan sampai sekarang. Walau abah aku baru meninggal,tapi aku tetap boleh ukir senyuman. Aku tak nak bagi dorang Nampak hati aku nangis. Tapi aku rindu abah aku. Setiap malam sebelum tido aku Nampak abah aku. Walau dalam bayangan.
bila mak nangis, kakak aku nangis pun aku rilek je muke cool je. Tapi sebenarnya dalam hati aku dah remuk. Betapa egonye aku. Ish ish ish. Dah la,taknak cite pasal abah. Automatic sedh sangat.

Ok! Alhamdulillah dapat jugak aku cite tiga sifat aku yg awesome ni,haha. Semuanya dgn izinNya. Alhamdulillah.
Thanks ALLAH.

lelaki huruf A


Assalamualaikum...
Ok aku tak tao nak setat macam mane. Yang pasti aku nak cite perihal lelaki-lelaki yang wujud sekitar aku.. ngeeee..
Kebanyakan lelaki yang datanggggg ... dan pergi... dalam hidup aku always huruf A!
Pergh! Hehe. acane ek boleh jadi cam gituh?
Suratan atau kebetulan??
Erm...
Ntah la. Nak kate suratan,ye jugak kan. Yelah kalaau suratan tu dah tertulis takdirnya Allah nak bagi aku jumpe ngan laki2 yang AAA je..
Kalau kebetulan pun betoi gak.. mungkin secara kebetulan je aku diketemukan dengan laki huruf A. Kan?
Tapi bagi aku hal ini adalah tersangat lah pelik nyeee n unik sangattt! Tak semua orang dapat jumpe laki atau rapat dengan laki atau syok kat laki yang hampir semuanya huruf A. Tapi aku dapat! Hiii.. bertuah2.. Alhamdulillah.
Maaf la aku tak boleh nak mention nama2 lakies lakies tersebut. Ye la,dorang bukan hak milik peribadi aku pun,just datang dan pergi dalam hidup aku.
Tapi antara semua-semua laki huruf A yang aku dapat(haha) ade la sorang mamat huruf A ni aku berkenan,haha. Tak maluuu!
Yang lain-lain tu sama ade cinte monyet-monyet comei atau dorang yang monyet-monyet kat aku padahal aku tak monyet-monyet kat dorang pun. Harap paham bahasa kiasan yang aku gunakan. Terima kasih.
Walau aku rasa pelik lah tersangat,tapi aku sonok. Sebab tu aku cite kat blog ni.  Kadang-kadang bila fikir-fikir balik macam tak caye pun ade. Ingat senang nak jumpa laki yg kebanyakannya same name iaitu bermula huruf A. Ermmm..
Tak kire la same ade nama asalnye huruf A atau nama samarannye ke,atau nama timang-timangannye atau name ucuk2 nye ke.. mesti huruf A! Tak tao la kenapa ALLAH takdir kan sedemikian rupa. Kadang2 aku jadi tak sabauu kot2 next day kalau dipanjangkan umur, ALLAH ketemukan aku dengan laki huruf A yg lain pulak. Haha. Teruknye perangai!!!
Kalau boleh aku list kan laki2 tersebut meme aku buat tapi disebabkan blog ni pun sebahagian internet kan, so bile sebut internet paham2 jela kan.. tak private pun! Mampus la aku kalau aku mention nama dorang hehe.
Ah tak kisah la. Aku tak berniat apa2 dgn post ni cuma aku nak luah je. Ape guna ada blog tapi tak cerita ye dak.
Hmmm, i think maybe it will be ok if i stop my writing at here. I don’t want to continue anymore because i don’t know how to stop it. Haha! 
Ok assalamualaikum. Thanks for reading. Ahaks!
Thanks ALLAH.

Tuesday 19 February 2013

warkah cinta berbau syurga


assalamualaikum..
hari ni,ade di makmal komputer UMK.. saye nak share satu video klip. cerita ini pernah ditayangkan di tv alhijrah.,iaitu warkah cinta.. lakonan heliza helmi,imam muda nazrul. elok la kite dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah kite tengok cite2 macam ni. lagi satu,cinta yang terjalin dalam cite ni mengikut syariat yang sepatutnye. remaja dan cinta tak dapat dipisahkan. tapi untuk elakkan cinta mereka tu jadi haram kena tahu batas2 pergaulan.
cukup la kot sampai sini.. dah lame tak tulis blog,rinduuuuu. tapi yelah dah jadi student ni mesti busy memanjang ngan assignment kan,urm. ok.. sampai sini saje.. kalau rajin watch la jap video ni,hehe..

wasalam..
thank you ALLAH..






Sunday 10 February 2013

mahligai bernama cinta


Assalamualaikum...
Lirik lagu yang aku post kali ni memang aku dah minat lama dah.. ni lagu dari sebuah telemovie yang bertajuk “aku cinta padamu”. Pelakonnya lisdawati,hasnol rahmat n danny x factor. Cite ni aku first tgk waktu tu umur aku ermmm ntah tak hengat pulak dah. Tapi aku kecik lagi laaa.... kot.
Lagu ni,gila touching weh. Setacing jalan ceritanya. Serius ceritanya best! Kalau tak masakan aku boleh mengalir air mata bila tgk cite ni. Satu hal yang perlu diketahui,aku ni payah sikit nak mengalir air mata bila tgk cite-cite ni. Terutama kalau cite melayu memang takde feel nak teroyak. Tah ape-ape je dorang lakon. Nangis pun air mata palesu. Puiii. Ok la,setakat tu je. Aku cuma nak kongsi lagu yang aku suka je,hehe. ok wasalam
Thank you Allah..


Mahligai bernama cinta-farish

Pada mu kuserahkan
Suatu yang bernama
Cinta

Ku peluk jasad mu
Dalam bayangan
Biar tak terasa
Namun ku bahgia

Resah ku berlalu
Rindu pun bertakhta
Mengharap mimpi
Memutik kenyataan

Tersentuh dijiwa
Terkesan di hati
Kemelut nan melanda
Di minda ku ini
Ingin ku katakan tapi tak berani
Bimbang jika kau berubah hati
Menjadi benci

*Satukan dua jiwa ini
 Di mahligai bernama cinta
 Biar harus aku korbankan
 Kau lah segalanya

 Kasih dapatkah kau mengerti
 Apa yang tersirat dihati
 Bukan gurauan
 Satu kebenaran

Nyata impianku
Bukan khayalan
kesabaran kini
Ternyata bererti

Kesetiaanku
Telah dihargai
Ku janjikan kebahagiaan
Untuk selamanya

Tabahkan lah hati mu oh kasih
harungi dugaan
Ku tetap disisimu oh kasih
Usah kau curiga
Percayalah sayangku


Monday 4 February 2013

wahai hati jangan bersedih


Allah.. 
tu je perkataan yang muncul dalam fikiran aku. Tatkala hati sedang menangis. Kenapa perlu menangis duhai hati?? Apa penyebab engkau berduka?? Sabarlah wahai hati,walau apa dihadapan,belakang,tepi,bawah atau dari arah mana-mana pun dugaan itu datang,engkau harus tetap utuh dan cekal menghadapinya.
Aku tahu apa kau rasa wahai hati. Kerana aku adalah tuan mu! Tapi walau apa kau rasa,jangan sampai kau membusuk! Jangan sesekali kau membusukkan dirimu dan merangkap fikiran untuk turut sama membusuk!
Hati harus bersih. Hati yang bersih akan menjadi penyebab fikiran yang bersih juga!
Hati. Kau dicipta sebagai anggota tubuh manusia yang paling agung. Busuk kau,busuk lah seluruh teman-temanmu dalam anggota tubuh manusia! Kerana itu aku tidak mengizinkan kau membusuk.
Diri. Maaflah sekiranya aku menzalimimu. Bukan niatku begini. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu apa terjadi pada hati dan diri ku.
Astagfirullahalazim!
Semoga aku tidak berada dalam hasutan syaitannnn! Aku manusia biasa yang punya perasaan. Kasih,sayang,cinta,benci,amarah,geram dan sebagainya! Tapi aku juga punya keegoan!! Egonya aku untuk mengaku perasaan ini! Buktinya,sampai ke saat ini aku tak mampu menaip walau sekalipun untuk meluahkan apa sebenarnya dalam hati aku. Untuk apa aku luahkan?? Allah sedia mengetahui bukan? Itu sudah cukup buatku. Sekalipun aku luah disini,aku akan malu sendiri. Tanpa luah sekalipun,Allah dah sedia tahu. Lega rasanya mempunyai Sang pencipta yang Maha Segala-galanya.
Tak perlu aku panjangkan kata-kata yang sebenarnya hanya aku saja yang faham disamping Allah yang Maha Mengetahui. Cuma ketika hati berasa sedih,aku terasa ingin meluahkan cara begini. Padahal aku sendiri tidak tahu mengapa dengan mudah hati menjadi sebak dan sedih bila ‘keadaan’ itu menerpa.
Hati, jangan lah kau rapuh pada yang tidak kekal abadi,rapuh lah pada Sang Pencipta. Mencintai Pencipta adalah sebetulnya,dengan mencintai Dia,maka suatu hari nanti Dia akan anugerahkan nikmatNya yang dipanggil ‘jodoh’ buat diri ini dengan memberi insan yang turut sama mencintai Dia (inshaa Allah sekiranya umur panjang). Dia akan satukan hati-hati yang mencintai Dia. Pernah dengar? lelaki baik untuk perempuan baik,perempuan baik untuk lelaki baik,dan begitulah sebaliknya. Itulah yang aku maksudkan.
Maaflah sekiranya tulisan ini tidak ‘kamu’ fahami. Hanya aku yang faham. Kerana hati aku dalam kesedihan,apabila hati tidak berdaya,akan mempengaruhi fikiran,dan anggota lain akan terikut sama. Betapa anggota tubuh badan kita saling bergantung dan bersatukan? Alhamdulillah....
Cukuplah untuk kali ini,mungkin agak suram tapi aku lega kerana dengan cara ini aku mampu luahkan sedikit demi sedikit. Allah Maha Hebat. Dia yang aturkan semua ini. Aku,hambaNya terima dengan hati terbuka dan redha,inshaa Allah.
Thank you Allah n please forgive me
Assalamualaikum...