Monday 4 February 2013

wahai hati jangan bersedih


Allah.. 
tu je perkataan yang muncul dalam fikiran aku. Tatkala hati sedang menangis. Kenapa perlu menangis duhai hati?? Apa penyebab engkau berduka?? Sabarlah wahai hati,walau apa dihadapan,belakang,tepi,bawah atau dari arah mana-mana pun dugaan itu datang,engkau harus tetap utuh dan cekal menghadapinya.
Aku tahu apa kau rasa wahai hati. Kerana aku adalah tuan mu! Tapi walau apa kau rasa,jangan sampai kau membusuk! Jangan sesekali kau membusukkan dirimu dan merangkap fikiran untuk turut sama membusuk!
Hati harus bersih. Hati yang bersih akan menjadi penyebab fikiran yang bersih juga!
Hati. Kau dicipta sebagai anggota tubuh manusia yang paling agung. Busuk kau,busuk lah seluruh teman-temanmu dalam anggota tubuh manusia! Kerana itu aku tidak mengizinkan kau membusuk.
Diri. Maaflah sekiranya aku menzalimimu. Bukan niatku begini. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu apa terjadi pada hati dan diri ku.
Astagfirullahalazim!
Semoga aku tidak berada dalam hasutan syaitannnn! Aku manusia biasa yang punya perasaan. Kasih,sayang,cinta,benci,amarah,geram dan sebagainya! Tapi aku juga punya keegoan!! Egonya aku untuk mengaku perasaan ini! Buktinya,sampai ke saat ini aku tak mampu menaip walau sekalipun untuk meluahkan apa sebenarnya dalam hati aku. Untuk apa aku luahkan?? Allah sedia mengetahui bukan? Itu sudah cukup buatku. Sekalipun aku luah disini,aku akan malu sendiri. Tanpa luah sekalipun,Allah dah sedia tahu. Lega rasanya mempunyai Sang pencipta yang Maha Segala-galanya.
Tak perlu aku panjangkan kata-kata yang sebenarnya hanya aku saja yang faham disamping Allah yang Maha Mengetahui. Cuma ketika hati berasa sedih,aku terasa ingin meluahkan cara begini. Padahal aku sendiri tidak tahu mengapa dengan mudah hati menjadi sebak dan sedih bila ‘keadaan’ itu menerpa.
Hati, jangan lah kau rapuh pada yang tidak kekal abadi,rapuh lah pada Sang Pencipta. Mencintai Pencipta adalah sebetulnya,dengan mencintai Dia,maka suatu hari nanti Dia akan anugerahkan nikmatNya yang dipanggil ‘jodoh’ buat diri ini dengan memberi insan yang turut sama mencintai Dia (inshaa Allah sekiranya umur panjang). Dia akan satukan hati-hati yang mencintai Dia. Pernah dengar? lelaki baik untuk perempuan baik,perempuan baik untuk lelaki baik,dan begitulah sebaliknya. Itulah yang aku maksudkan.
Maaflah sekiranya tulisan ini tidak ‘kamu’ fahami. Hanya aku yang faham. Kerana hati aku dalam kesedihan,apabila hati tidak berdaya,akan mempengaruhi fikiran,dan anggota lain akan terikut sama. Betapa anggota tubuh badan kita saling bergantung dan bersatukan? Alhamdulillah....
Cukuplah untuk kali ini,mungkin agak suram tapi aku lega kerana dengan cara ini aku mampu luahkan sedikit demi sedikit. Allah Maha Hebat. Dia yang aturkan semua ini. Aku,hambaNya terima dengan hati terbuka dan redha,inshaa Allah.
Thank you Allah n please forgive me
Assalamualaikum...

1 comment:

  1. di saat ini hati saya juga sedang merundung...tapi hanya pada Dia tempat saya mengadu..kerna saya tahu , tidak semua yg faham apa yg kita alami.. pabila baca coretan saudari seperti saat yg sama dgn saya ketika ini...

    ReplyDelete