Sunday 20 January 2013

setahun sudah...


 -ini ditulis beberapa hari yang lalu,sekadar luahan hati yang tiada teman untuk diluahkan,hanya ALLAH teman yang setia-

Assalamualaikum..
Kini.. setahun sudah berlalu.. Alhamdulillah,aku panjat kan syukur pada ya Rabbi kerana segala nikmatNya aku sudah kecapi. Terima kasih ya Allah atas ‘pinjaman-pinjamanMu’ ini...
Ya Allah.. sekarang ‘ianya’ sudah setahun berlalu.. tapi rasa pedih saat ia berlaku setahun yang lalu dapat aku rasakan hingga kini.. Subhanallah atas segala yang Engkau tentukan untukku.. aku seperti biasa tak mampu meluahkan,walau dihadapanNya,aku menadah tanganku,ingin meluahkan.. aku malu sendiri dgn keinginanku.. kenapa harus malu dgn sang Pencipta? Walau aku tidak meluahkan,Dia Maha Mengetahui bukan? Ya Allah.. aku malu dan aku takut.. aku malu kerana mempunyai perasaan ini,dan aku takut sekiranya ia salah pada pandanganMu.. tapi ku yakin Engkau memberi segalanya bersebab.. pandulah aku ya Allah,itu yang selalu aku bicara padaMu,aku tahu Kau tidak jemu mendengar kerana sesungguhnya hambaMu ini memang insan yang tersangat lemah,yang selalu berharap pada pertolonganMu setiap masa..
Ya Allah,biarlah malam atau pagi ini aku luahkan..
Terima kasih padaMu untuk persahabatan ‘semalam’.. ia indah pada pandangan mataku,tersangat indah,aku tersangat bahagia ketika nikmat bersahabat yang Kau beri padaku.. Allah,aku tahu,disebalik semua yang Kau beri bukan untuk aku melupakan Mu,tapi percayalah,waktu itu aku jahil! Aku tak sedar akan kehadiranMu sebagai SEGALA-GALANYA buatku. Kini,aku bersamaMu yaa Rabb! Aku bersamaMu! Indah! Tersangat indah.. subhanallah! Tapi untuk dapat bersamaMu,aku harus berkorban..
Ya... memang persahabatan itu yang aku harus korbankan,kini persahabatan yang bermula lama dahulu.. kini berpisah sudah. Aneh bukan? Persahabatan berpisah? Bukankah bersahabat itu selamanya? Macam mana boleh berpisah? Benarkah hanya bersahabat? Apa disebalik ‘bersahabat’ itu? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. 
Aku tahu ada sebab untuk Allah tidak mengizinkan persahabatan ini diteruskan,senang cakap,ada hikmahnya.. sama ada Dia mahu menggantikan dgn ‘teman’ baru atau ‘teman lama’ yang dibarukan. Aik,acane tu?? Huhu,itu kerja Allah. Aku,hambaNya,hanya perlu kuatkan iman,terus bersabar,teruskan berdoa,dan tawakal serta redha dgn segala yang Dia beri dan ambil.. semua kat dunia ini bukan milik kita pun. Lagi satu,tak semua kita rasa baik itu baik untuk kita,n tak semua yang buruk kita nampak tu buruk jugak untuk kita..
Dear Allah.. aku sayang persahabatan itu,kerana aku sayang orangnya.. dia pernah mengajar aku mengenalMu,walau waktu itu aku tidak berapa endah..
Dia selalu menjadi yang terbaik dalam hidupku sebagai seseorang yang istimewa.. dia secara jujurnya tidak pernah mengajar aku menjadi jahat.. dia secara jujurnya membahagiakan aku.. dia secara jujurnya selalu aku ingati dan dia secara jujurnya,tidak ada siapa dapat menandingi dia dalam hati kecil pemberianMu ini.. kerana dia istimewa,pemberianMu buatku... sayang,aku tak pernah nampak dia sebagai pemberianMu dulu,kini ‘nikmat’ ini Kau tarik kembali.. bukan kerana Kau zalim,tapi untuk peringatan buat hambaMu yang lalai dan leka terhadapMu. Kerana itu aku ucapkan terima kasih padaMu.
Ya Allah,entah apa lah khabarnya disana.. rindu terus menerus subur dalam hati ini,maafkan aku sekiranya aku berdosa ya Allah kerana berasa begini...
Seandainya perpisahan semalam adalah perpisahan yang hakiki antara aku dan dia.... semoga akan ada sinar bahagia buatku n dirinya bersama insan tersayang masing-masing. Dan semoga tidak sesekali kami menyesali dan menyalahkan takdir yang berlaku,dan akan terus memanjat syukur padaMu..
Namun sekiranya ada pertemuan lain yang bakal Kau aturkan kelak,Alhamdulillah..subhanallah.. aku tahu disaat itu Kau meredhai kami,dan kami perlu saling mencari redhaMu saat itu.
Ya Allah,sekali lagi aku memohon,pandulah hatiku ke arah jalan yang benar,agar aku tidak tersesat dan menzalimi diriku sendiri.. semoga Kau kurniakan jalan keluar daripada kekalutan ini.. inshaALLAH,aamiin!
Thank you ALLAH ;)
7 JANUARI 2013


No comments:

Post a Comment